Nirwana TSAR

Siri: Kasih dan Yusuf, Maryam Itik Yang Nakal

Penulis

Nirwana

Biodata Ringkas

Nirwana TSAR sangat gemar membaca buku dan banyak menghabiskan masa dengan meneliti cara penulisan dan buku-buku terbitan penulis tempatan dan antarabangsa. Bercita-cita untuk menghasilkan buku sendiri tetapi tidak berkesempatan untuk menumpukan masa pada penulisan kerana kerjaya di dalam bidang petroleum di awal 2003.

Namun kerana cita-cita dan minat yang mendalam di bidang penulisan, Nirwana TSAR mencuri-curi masa untuk belajar bidang penulisan dan terlibat dengan kerja-kerja editorial, translasi dan proofreading secara sambilan. Secara perlahan, draf buku kanak-kanak siri Kasih dan Yusuf telah dihasilkan pada 2012 dan ketika itu Nirwana TSAR mula mencari peluang untuk menerbit dan memasarkan hasil penulisan yang pertama sehingga akhirnya menyertai penerbitan bersama-sama Bukuu.

Tajuk Buku

Akibat Mencuri
Nilai Murni
Apabila Malas
Nilai Murni
Akibat Berbuat Helah
Nilai Murni
Akibat Tamak
Nilai Murni
Akibat Bertangguh
Nilai Murni
Di rumah nenek
Pengurusan Kendiri
Kuda yang hilang
Pengurusan Kendiri
Waktu apa sekarang?
Pengurusan Kendiri
Sarapan pagi yang seronok
Pengurusan Kendiri
Harijadi Kasih
Pengurusan Kendiri

Bukuu merupakan platform yang menarik dan berdaya maju kerana mengadaptasi teknologi terkini untuk pasaran yang makin meluas digunakan di Malaysia. Ini merupakan peluang kepada penulis-penulis baru yang ingin menceburi bidang penulisan ini dengan bantuan teknikal yang mantap dan kerjasama yang padu, Kelahiran Kasih dan Yusuf di platform Bukuu ini adalah testimoni bagi sebuah syarikat yang benar-benar membantu penulis dalam arena penulisan dalam teknologi baru ini.